Program Cashback baru di FBS Trader

0
1028

Program Cashback baru di FBS Trader

Kini setiap pedagang disajikan dengan peluang keemasan untuk mendapatkan ganjaran tambahan dan memperolehi sehingga 20% dari spread. FBS Trader – platform perdagangan semua dalam satu – kredit Cashback untuk setiap pesanan yang ditutup. Syaratnya sangat mudah: lebih banyak urusniaga – lebih banyak Cashback.

FBS Trader adalah platform perdagangan mudah alih yang pertama menawarkan Cashback. Dengan fitur-fitur yang terus-menerus dikemaskini, FBS Trader menjadi pilihan #1 untuk para pedagang di Asia dan Timur Tengah*. Cashback adalah salah satu promosi yang menjadikan perdagangan lebih bermanfaat bagi para pelanggan FBS Trader.

Cara-cara untuk mendapatkan Cashback

Cashback dikreditkan dengan hanya dua syarat mudah. Bila pedagang: 

  • mengaktifkan Cashback di FBS Trader
  • telah berdagang sekurang-kurangnya 5 lot sepanjang tempoh sebulan yang lalu.

Setelah itu, pedagang tersebut akan menerima Cashback berdasarkan tahap Cashback beliau. Ada empat tahap yang boleh dimanfaatkan (5%, 10%, 15%, dan bahkan 20% spread), dan pedagang boleh naik ke tahap yang lebih tinggi dengan sangat mudah, pada bila-bila masa. Untuk naik ke tahap baru, pelanggan hanya perlu terus berdagang.

Siapa yang layak menerima Cashback

Cashback tersedia untuk semua pengguna, baik yang baru, mahupun yang sedia ada – tiada sebarang kekangan. Sesiapa sahaja boleh mencuba perdagangan mudah alih dengan Cashback dan merasai sendiri betapa ia sungguh bermanfaatnya.

Tidak seperti kebanyakan program yang mengkreditkan Cashback sekali setiap sebulan, Cashback di FBS Trader dikreditkan tepat pada hari berikutnya setelah pesanan ditutup. Waktu menunggu dikurangkan ke tahap minimum supaya pedagang boleh menikmati Cashback secepat yang mungkin.

Harus ditekankan di sini bahawa tidak ada sekatan berkenaan instrumen perdagangan untuk mendapatkan Cashback. Semua instrumen diambil kira. Forex, logam, komoditi, saham – semuanya menanti para pedagang mengambil kesempatan, mengaut keuntungan, dan meraih wang tambahan dengan setiap urusniaga.

 Apakah itu FBS Trader

FBS Trader adalah sebuah produk dari FBS, broker yang andal dan terkenal di kalangan komuniti perdagangan global. FBS beriltizam untuk menawarkan servis dan produk dengan kualiti tertinggi. Platform perdagangan ini tersedia untuk peranti iOS dan Android dan membolehkan pelanggan berdagang di mana sahaja.

Antaramuka yang mudah digunakan dan khidmat bantuan pelanggan yang luar biasa dari FBS Trader menarik pelanggan dari seluruh dunia. *Pada tahun 2020, Global Banking & Finance Review telah menobatkan FBS Trader dengan anugerah Best Mobile Trading Platform Asia. November ini, FBS Trader telah menerima satu lagi anugerah, “Best Mobile Trading Platform” di Smart Vision Egypt Investment Expo 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here